JJIM - Official Portal

INDUSTRY PARTNERSHIP & COMMUNITY RELATION DEPARTMENT 

Boot Camp

Courtesy Visit CEO TNB to UMP

KUNJUNGAN BALAS CEO TNB KE UMP

Kuantan,8 Okt- Baru-baru ini Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan berbesar hati telah menerima kunjungan istimewa daripada Datuk Seri Ir Azman bin Mohd, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke UMP Kampus Gambang susulan pelantikan beliau sebagai CEO Faculty Programme oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi pada 15 Mac 2016.

Ini merupakan kunjungan balas Datuk Seri ke UMP selepas Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim membuat kunjungan hormat pada 27 Mei yang lalu.  Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang peranan dan sistem pendidikan UMP serta membincangkan bentuk kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara UMP-TNB bagi memastikan agenda CEO Faculty Programme ini dapat direalisasikan. “TNB melihat program CEO Faculty Programme satu program yang memberi impak positif kepada para pelajar dan di pihak TNB tiada masalah untuk menjayakan kerjasama ini,” katanya. “Saya juga melihat UMP mempunyai potensi dan berada di dalam acuan yang tersendiri di kalangan universiti teknikal di Malaysia dan mempunyai strategi untuk memastikan pelajar mereka mempunyai tempat dipasaran setelah bergraduasi.” tambah beliau. Dalam pada masa yang sama Dato' Mohamad Razif bin Abdul Rahman  (Timbalan Pengerusi Kumpulan Sumber Manusia,TNB) turut menjawab kriteria graduan yang berpotensi menjadi pilihan pihak TNB ketika sesi soal jawab. “Kecemerlangan akademik sahaja tidak menjadi jaminan utama untuk mendapatkan tempat dalam alam pekerjaan tetapi penekanan kepada kecemerlangan softskills juga dititikberatkan,” tambahnya.

Naib Canselor, Prof. Dato Dr Daing Nasir Ibrahim berharap semoga jalinan UMP dan TNB ini menjadi penanda aras dalam melahirkan pelajar yang berpotensi dalam ucapan aluan beliau.

Dalam kunjungan itu juga Datuk Seri telah menerima Sijil Watikah Pelantikan sebagai Profesor Adjung di Fakulti Teknologi Kejuruteraan selama satu (1) tahun bermula 8

Ogos 2016 yang disampaikan oleh Naib Canselor UMP. Turut hadir sama Dato’ Mohamad Razif bin Abdul Rahman (Timbalan Pengerusi Kumpulan Sumber Manusia), Prof. Dato. Dr. Rosli bin Mohd Yunus (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik & Antarbangsa), Prof. Dr. Zulkefli bin Yaacob (Penolong Naib Canselor, Jabatan Jaringan Industri dan Masyarakat) dan En. Wan Amizan Bin Wan Yunus (Pengurus Besar Komuniti Kebajikan TNB)