JJIM - Official Portal

INDUSTRY & COMMUNITY      NETWORK DEPARTMENT (ICON)

Iftar Madrasah Darul Quran Al Mukhlasin

DSC 0873 1 DSC 0890 1 DSC 0868 1 DSC 0894 1

#UMPSharing #JJIM@IPCRDSharing #MenjelangSyawal

5 Jun 2018 - Jabatan Jaringan Industri dan Masyarakat #JJIM@IPCRD menganjurkan majlis berbuka puasa bersama penghuni Madrasah Darul Quran Al Mukhlasin Kg Seri Mahkota, Batu 12, Kuantan.

Dalam program ini, Penolong Naib Canselor JJIM, Prof. Dr. Jamil Ismail hadir menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan asas dan duit raya. Sumbangan disampaikan kepada Pengetua Madrasah Ustaz Mohd Hasanuddin.

Madrasah yang baru dibina dalam dua tahun ini menempatkan seramai 49 orang pelajar yang terdiri daripada fakir miskin,anak yatim dan anak- anak Rohingya.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah disalurkan dengan menghubungi Ustaz Mohd Hasanudin di talian 0148209300.

#UMPFirstChoice #UMP5Bintang #EngageKeepGrow

Print Email