JJIM - Official Portal

INDUSTRY PARTNERSHIP & COMMUNITY RELATION DEPARTMENT (IPCRD)

Kursus Kemahiran JJIM@IPCRD

33038589 167188423953226 4961100093496229888 o  33398249 167188560619879 6764910590298161152 o 

#UMPSharing #JJIM@IPCRDSharing 

Kursus Kemahiran Pengurusan Komunikasi dan Jaringan Hubungan Yang Berkesan

Tarikh : 23 Mei 2018
Masa : 9.00 pg -12.00 tgh
Tempat : Bilik Seminar JJIM

Komunikasi dalam organisasi merupakan komponen penting kearah mewujudkan jaringan hubungan yang berkesan dan luas. Ia melibatkan seluruh aspek komunikasi interpersonal dan komunikasi kumpulan dalam organisasi. Ini termasuklah struktur dan fungsi organisasi, hubungan manusia, komunikasi serta pengurusannya dan budaya organisasi.

Di dalam sesebuah organisasi, komunikasi operasi dalaman melibatkan keseluruhan warga kerja syarikat daripada peringkat atasan hinggalah kepada yang peringkat yang paling bawah. Warga kerja ini adalah orang dalam yang menjadi aset yang paling penting kepada organisasi ataupun syarikat. Dengan itu proses komunikasi yang berjalan antara sesama dan setiap kakitangan, bahagian, jabatan dan unit, hendaklah diambil berat bagi memastikan setiap maklumat serta arahan yang disampaikan dan ingin disampaikan oleh ketua unit masing-masing difahami dan berkesan tanpa sebarang masalah.

Objektif Kursus :
i. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan organisasinya.
ii. Memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan.
iii. Memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan profesional serta dalam meluaskan jaringan hubungan antara organisasi dah pihak luar.
iv. Mengukuhkan set kemahiran (skill set) staf JJIM agar menjadi staf yang mempunyai kompetensi kerja yang baik.

Print Email